Kandungan Program
i. Deskripsi Kursus
Kursus ini disediakan khususnya untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM, pelajar sekolah Menengah dan mana-mana individu yang berminat dengan Perisian AutoCAD
ii. Objektif Kursus
Memberi pendedahan awal terhadap asas Perisian AutoCAD seperti melukis garisan, melukis objek, kerja-kerja suntingan, melihat Pelan dan mencetak hasil lukisan.
iii. Modul Kursus
Modul Pengajaran
a. Sejarah, kegunaan dan sistem koordinat.
b. Mencipta file, layer dan linetype
c. Melukis objek asas seperti line, circle, point , arc etc.
d. Penggunaan fungsi object snap seperti endpoint, near, centre, dan node.
e. Penyuntingan seperti arahan erase, copy, move, rotate, mirror, scale, array, trim,extend dan offset.
f. Memasukkan text dan dimensi
g. Melakukan hatching dan solid
h. Mencipta file, layer dan linetype
i. Memplotting hasil latihan
iv. Tarikh Kursus
Tarikh kursus Asas AutoCAD ini di adakan pada setiap dua minggu selama 2 hari berturut-turut. Tarikh adalah seperti berikut:-
Bil | Tarikh | Bulan | Tahun | Hari |
1 | 14 dan 15 | Januari | 2012 | Sabtu dan Ahad |
2 | 28 dan 29 | Januari | 2012 | Sabtu dan Ahad |
3 | 11 dan 12 | Februari | 2012 | Sabtu dan Ahad |
4 | 25 dan 26 | Februari | 2012 | Sabtu dan Ahad |
5 | 10 dan 11 | Mac | 2012 | Sabtu dan Ahad |
v. Tenaga Pengajar
Terdapat 2 orang tenaga pengajar iaitu :-
1. Profesor Madya Mohd Safie bin Mohd
- Pensyarah Jabatan Geoinformatik
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
- Berpengalaman selama hampir 30 tahun dalam perisian AutoCAD
2. Azman bin Mohamed
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah
- Berpengalaman selama 10 tahun dalam perisian AutoCAD